Thursday, July 15, 2010
Keajaiban Hidup
Sebelum kita dilahirkan di muka bumi ini sebenarnya kita telah pun di cipta oleh Allah di alam roh. Sedar atau tidak kejadian itu berlaku tanpa kita sedari walau sedikitpun. Janji kita pada Allah untuk mentaati suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Manusia dicipta dari tanah dan akan kembali kepada tanah jua, sesungguhnya kejadian manusia ini adalah merupakan sebaik-baik kejadian yang pernah Allah ciptakan. Mengapa manusia sering bermusuhan antara satu sama lain ini semua kerana hasad dengki yang timbul dalam diri mengikut hasutan Syaitan Laknatullah. Sesungguhnya manusia yang berpegang pada jalan Allah tidak akan tersesat di dunia dan akhirat kelak. Bersatulah wahai manusia sebelum kamu terlambat selagi nyawa masih berada di dalam tubuh kalian semua. Binalah sebuah ikatan yang murni supaya musuh Allah akan takut dan gentar dengan persaudaraan yang erat antara kamu. Seseungguhnya manusia itu di jadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini......salam perkenalan dari Andalas..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment